MELAKA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan tiada sebarang arahan lanjut berhubung kedudukannya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang arahan lanjut sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan semula ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, Datuk Seri Shuhaily adalah seorang pegawai polis yang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS."Pelantikan beliau dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya menunggu arahan lanjut sekiranya beliau dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa arahan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakuan lawatan di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di Ayer Keroh, di sini pada Sabtu.Terdahulu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya masih belum memutuskan pelantikan Ketua Pengarah baharu AKPS bagi menggantikan Mohd Shuhaily.Beliau dilaporkan berkata, pihaknya memberi jaminan operasi AKPS tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke pasukan asalnya, PDRM. - Bernama
Shuhaily masih Ketua Pengarah AKPS, PDRM belum terima arahan lanjut - KPN

Key takeaways
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terus memegang jawatan Ketua Pengarah AKPS tanpa arahan lanjut mengenai pemulangan ke PDRM, manakala Ketua Polis Negara belum menerima sebarang arahan rasmi.
- Shuhaily masih menjalankan tugas AKPS seperti biasa
- KPDM belum mendapat arahan tentang pemulangan Shuhaily ke pasukan polis
- Menteri Dalam Negeri belum memutuskan pelantikan pengganti baru AKPS
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Shuhaily sambung tugas ketua pengarah AKPS
- Sinar Harian Shuhaily masih Ketua Pengarah AKPS, PDRM belum terima arahan lanjut - KPN (this story)







