MELAKA - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berakhir secara rasmi, selepas kesemua 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran di seluruh negeri ditutup tepat jam jam 6 petang ini.Sejak dibuka seawal jam 8 pagi Sabtu, tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi mendapati proses pengundian berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal dengan cuaca baik di seluruh negeri sejak pagi, walaupun Jabatan Meterologi Malaysia pada awalnya meramalkan ribut petir pada waktu petang.Berdasarkan papan pemuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 6.05 petang ini, sebanyak 70.59 peratus atau lebih 472,377 orang daripada keseluruhan 669,211 pemilih biasa, telah menunaikan tanggungjawab mereka.Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang media pagi Sabtu berkata, suruhanjaya itu, menyasarkan peratusan keluar antara 70 hingga 75 peratus, dengan keputusan penuh melibatkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka diperoleh selewat-lewatnya jam 12 tengah malam ini.PRN Melaka ke-16 menggunakan daftar pemilih yang dikemas kini sehingga 22 September, yang mengandungi 687,697 pemilih berdaftar, termasuk 12,531 orang tentera dan pasangan serta polis yang telah menunaikan tanggungjawab menerusi pengundian awal pada Selasa.Pengundian awal yang melibatkan 31 pusat mengundi itu merekodkan 9,417 atau 94.96 peratus daripada 9,917 pemilih keluar mengundi secara fizikal, manakala 2,614 lagi mengundi secara pos.Tumpuan kini terarah kepada keputusan siapakah 28 daripada 79 calon yang bertanding berjaya mendapat mandat rakyat.PRN Melaka kali ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon paling ramai iaitu di 24 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 23 calon, Parti Bersama Malaysia (16), Bersatu (tujuh), Perikatan Nasional (lima), Parti Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan tiga calon Bebas.PRN kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Melaka ke-15 pada 23 September, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.Pada PRN Melaka ke-15 yang berlangsung 20 Nov 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH (lima) dan PN (dua).Dapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16 menerusi https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama
PRN Melaka: 240 pusat mengundi ditutup serentak 6 petang

Key takeaways
Proses pengundian Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 berakhir pada jam 6 petang dengan 240 pusat mengundi ditutup. Keluar mengundi mencapai 70.59 peratus daripada jumlah pemilih biasa yang berdaftar.
- Sebanyak 472,377 orang daripada 669,211 pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab mengundi.
- Keputusan penuh bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri dijangka diperoleh selewat-lewatnya jam 12 tengah malam.
- Sebanyak 79 calon bertanding untuk merebut mandat rakyat dalam pilihan raya negeri ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by The Sun , Harian Metro , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 240 pusat mengundi seluruh Melaka dibuka serentak 8 pagi
- Sinar Harian PRN Melaka: 240 pusat mengundi ditutup serentak 6 petang (this story)
- Harian Metro PRN Melaka: 240 pusat mengundi ditutup









