MOSCOW: Satelit pemerhatian Bumi swasta, KOEN dan KinoRIA Novosti, dilancarkan dari Pusat Angkasa Vostochny, menurut perbadanan angkasa lepas Rusia, Roscosmos pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Roscosmos memaklumkan bahawa kedua-dua satelit itu berjaya menjalin komunikasi dengan pusat kawalan di Bumi selepas ditempatkan di orbit.
Roket Soyuz-2.1b yang membawa satelit berkenaan berlepas dari Vostochny pada 4.16 pagi waktu Moscow (0116 GMT).
Selepas pelancaran, peringkat atas Fregat berpisah daripada peringkat ketiga roket itu sebelum membawa satelit berkenaan ke orbit.








