KUALA LUMPUR: Tiga calon Barisan Nasional (BN), iaitu Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar, kini mendahului di kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata berdasarkan kiraan undi awal Dr Muhammad Akmal, mendahului di Dewan Undangan Negara (DUN) Merlimau dengan memperoleh 136, meninggalkan lawannya daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 20 undi.

Beliau berkata, Mohd Noor Helmy pula memperoleh 241 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, mendahului lawannya daripada Poo Long Suan PH (131).

"DUN Rim yang diwakili Khaidhirah memperoleh 2019 undi dan PH pula sebanyak 72 undi, iaitu BN (Esma Ezareen) mendahului dengan 147 undi," katanya.