MELAKA – Barisan Nasional (BN) dilihat semakin selesa mendahului saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila berjaya menguasai 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 6.55 petang.
Berdasarkan data semasa portal myundi, perkembangan terkini itu menyaksikan pertambahan enam lagi kerusi yang didahului gabungan berkenaan melalui calon-calon UMNO.
Kerusi terbaharu yang memihak kepada BN melibatkan DUN Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau, Rim dan Serkam.
Terdahulu, BN telah pun mendahului lawan di enam kerusi lain iaitu DUN Asahan, Gadek, Sungai Udang, Lendu, Pengkalan Batu serta Machap Jaya.









