MELAKA: Barisan Nasional (BN) setakat ini mendahului di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Udang, Asahan dan Machap Jaya, manakala Perikatan Nasional (PN) pula mendahului di Bukit Katil.
Berdasarkan kiraan undi awal, BN mendahului Sungai Udang melalui calonnya, Datuk Rais Yasin yang memperoleh 2,735 undi, berbanding BERSATU (147) dan BERSAMA (50).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan BN mendahului dengan majoriti 2,588 undi membabitkan kiraan undi di empat saluran termasuk saluran tentera.
"Di Asahan, BN mendahului dengan 156 undi, Pakatan Harapan (22) dengan majoriti awal 134 manakala di Machap Jaya, BN mendahului dengan 57 undi dan PH (12)," katanya.








