MELAKA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Barisan Nasional (BN) menang secara tidak rasmi di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Bidara, Lendu, Sungai Udang dan Asahan.

Asyraf Wajdi berkata, di DUN Tanjung Bidara, BN melalui calonnya, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mendahului Pakatan Harapan (PH), Yunazri Mustamiri dengan majoriti 5,440 undi.

Katanya, bagi DUN Lendu, calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid menang dengan majoriti 4,627, manakala calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin menang dengan majoriti 11,059 undi.

Beliau berkata, bagi DUN Asahan, calon BN, Datuk Fairul Nizam 'menang' dengan majoriti 7,558 undi.