Melaka: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Perikatan Nasional (PN) menyumbang kemenangan pertama melalui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.
Ia menjadikan BN dan PN kini secara tidak rasmi memenangi 16 kerusi DUN daripada keseluruhan 28 yang ada di Melaka.
Calon PN, Rafie Ahmad memenangi DUN Paya Rumput dengan 15,577, mengalahkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang memperoleh 9,569, manakala BERSAMA (1,011).








