TUARAN: Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kiulu, membuat laporan polis hari ini berhubung penyebaran beberapa kandungan di media sosial mengaitkan seorang wakil rakyat dengan tuduhan rasuah.
Ketua Pemuda PBS Kiulu, Sithinlee Taipin, berkata laporan polis dibuat susulan penemuan beberapa hantaran menerusi platform TikTok, Facebook dan laman web yang menyentuh dakwaan berkenaan.
Katanya, antara akaun serta platform dikenal pasti menyebarkan maklumat berkaitan rasuah itu ialah The Corporate, AiSabah, Kami Orang Sabah dan Sabah VOX.
"Saya memandang serius penyebaran tuduhan rasuah kerana dakwaan sedemikian adalah perkara berat yang boleh menjejaskan reputasi, maruah serta nama baik individu dikaitkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.








