Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh mengenai isu seleweng cip AI dimulakan sejurus dakwaan dibangkitkan tahun lepas. (Gambar Envato Elements)LUMUT: Siasatan berhubung dakwaan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu penyelewengan, perolehan haram, serta Malaysia dijadikan hab transit bagi cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi termasuk keluaran syarikat Nvidia telah dibuka sejak April tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh dimulakan sejurus dakwaan itu dibangkitkan, dengan menumpukan kepada pengesahan sama ada negara ini dijadikan hab transit atau melibatkan syarikat proksi tempatan.
“Kita siasat di bawah undang-undang Akta Perdagangan Strategik 2010. Di situ ada beberapa agensi kawal selia, iaitu Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), kastam, dan satu daripadanya ialah polis.










