MELAKA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan dua calon muda Pakatan Harapan (PH), Mukhlis Mubin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Farzana Hayani Mohd Nasir di Klebang ketinggalan dalam persaingan merebut kerusi masing-masing.Di Kuala Linggi, Mukhlis memperoleh 2,722 undi dan berada di kedudukan kedua di belakang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Abdullah yang memperoleh 7,379 undi manakala calon Bersama, Dr Nur Farhana Hamzah pula mendapat 425 undi.Sementara itu, di Klebang, calon BN, Datuk Lim Ban Hong yang juga Pengerusi MCA mendahului tiga pencabar lain.Beliau peroleh 9,755 undi diikuti calon PH, Farzana Hayani dengan 4,421 undi, manakala calon Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memperoleh 740 undi dan calon Bersama, Young Jie Yu dengan 617 undi.Pada PRN lalu, Lim Ban Hong yang juga penyandang kerusi berkenaan menang dengan majoriti 876 undi.Bagaimanapun, setakat jam 8.20 malam, selepas 41 daripada 51 saluran selesai dikira, beliau mencatat majoriti sementara sebanyak 5,792 undi.
[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Calon muda PH di Klebang, Kuala Linggi ketinggalan

Key takeaways
Keputusan tidak rasmi PRN Melaka menunjukkan calon muda PH, Mukhlis Mubin (Kuala Linggi) dan Farzana Hayani (Klebang) kalah, manakala calon BN Lim Ban Hong memimpin dengan majoriti sementara 5,792 undi.
- Mukhlis Mubin dapat 2,722 undi, kedudukan kedua di Kuala Linggi selepas Datuk Rosli Abdullah (7,379 undi)
- Farzana Hayani memperoleh 4,421 undi di Klebang, diikuti oleh Datuk Lim Ban Hong (9,755 undi)
- Setelah 41 saluran dikira, Lim Ban Hong memegang majoriti sementara 5,792 undi
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Calon muda PH di Klebang, Kuala Linggi ketinggalan (this story)
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: 15 dari 16 calon Bersama hilang wang deposit









