PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Sungai Udang daripada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, sekali gus mengekalkan penguasaan 21 daripada 28 kerusi DUN sebagaimana pencapaian pada PRN 2021.
Kerusi Sungai Udang yang sebelum ini menjadi milik PN pada PRN 2021 menerusi kemenangan calonnya, Dr. Mohd Aleef Yusof dengan majoriti tipis 530 undi, kembali ke pangkuan BN pada pilihan raya kali ini menerusi calonnya, Datuk Rais Yasin.
Rais yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka menang bergaya dengan majoriti besar 16,214 undi dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Mejar (B) Abdullah Mahadi dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Ridzuan Rahman.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
