Melaka: "Saya tidak akan sesekali meninggalkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput. Saya akan terus membantu mereka dan orang Paya Rumput tidak akan berasa kehilangan saya."
Demikian komitmen calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin, terhadap penduduk di kawasan yang pernah diwakilinya sebelum ini.
Rais yang juga Timbalan Pengerusi BN Melaka adalah penyandang kerusi DUN Paya Rumput selepas memenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021, namun kali ini dipindahkan untuk bertanding di Sungai Udang.
Kerusi Paya Rumput pula kini ditandingi calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, Rafie Ahmad, yang turut berdepan dua calon lain, iaitu Datuk Azman Abidin daripada Pakatan Harapan (PH) dan Abdul Rashid Abu Bakar daripada BERSAMA.









