Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata kemenangan parti itu di Ayer Keroh membuktikan DAP masih mendapat sokongan pengundi pelbagai kaum.MELAKA: Kemenangan DAP di Ayer Keroh membuktikan parti itu masih mendapat sokongan meluas daripada pengundi pelbagai kaum, kata Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong.
Beliau berkata kejayaan mempertahankan kerusi itu amat bermakna memandangkan ramai sebelum ini menjangkakan DAP akan tewas susulan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
"Ayer Keroh kawasan campuran dengan komposisi pengundi pelbagai kaum yang agak seimbang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Melaka.
Menurutnya, kemenangan itu membuktikan calon DAP masih mendapat sokongan meluas daripada pengundi.










