SHAH ALAM - Hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh daripada DAP belum kesampaian apabila calonnya daripada Gerakan, Datuk Michael Gan ketinggalan berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Setakat paparan terkini, calon Pakatan Harapan (PH), Kerk Chee Yee mendahului dengan 13,516 undi, berbanding Michael (8,002).Dua lagi calon yang bertanding, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah daripada Bersama memperoleh 1,889 undi, manakala calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Hamnaim Mohamad meraih 1,038 undi.PN bertanding di lima kerusi DUN, manakala Ayer Keroh merupakan satu-satunya kerusi yang diperuntukkan kepada Gerakan, parti yang mewakili gabungan itu bagi kawasan berkenaan.Pada PRN Melaka 2021, kerusi DUN Ayer Keroh dimenangi calon DAP, Kerk Chee Yee, dengan 9,459 undi dan majoriti 5,624 undi.Michael Gan yang mewakili PN memperoleh 2,479 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Yong Fun Juan, meraih 3,835 undi.
[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Gerakan gagal rampas Ayer Keroh daripada DAP

Key takeaways
Calon Gerakan, Datuk Michael Gan, ketinggalan di kerusi DUN Ayer Keroh berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi PRN Melaka, membolehkan calon PH, Kerk Chee Yee, mendahului dengan 13,516 undi.
- Kerk Chee Yee mendahului Michael Gan dengan 13,516 undi berbanding 8,002 undi.
- Michael Gan ialah calon Gerakan yang mewakili Perikatan Nasional di kerusi tersebut.
- Kerk Chee Yee memenangi kerusi ini pada PRN Melaka 2021 dengan majoriti 5,624 undi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Bagaimana Melayu akan mengundi Sabtu ini?
- Berita Harian Sekitar hari pengundian PRN Melaka
- Sinar Harian [KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Gerakan gagal rampas Ayer Keroh daripada DAP (this story)









