Madrid: Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente menegaskan negaranya tidak berdepan masalah perkauman menjelang aksi Liga Negara-Negara menentang England, awal pagi esok, meskipun pasukan itu bakal dikenakan hukuman susulan tindakan penyokong melaungkan sorakan berunsur diskriminasi terhadap umat Islam, awal tahun ini.
De la Fuente berkata demikian selepas jurulatih England, Thomas Tuchel memaklumkan bahawa dia akan mengingatkan pemainnya mengenai protokol antiperkauman yang perlu dipatuhi menjelang pertembungan di Madrid itu.
"Tiada masalah perkauman di Sepanyol," katanya kepada media, hari ini.
Bagaimanapun, rekod insiden berunsur perkauman dalam bola sepak Sepanyol sebelum ini terus menjadi perhatian, termasuk kejadian pemain England menerima ejekan perkauman ketika beraksi di Madrid pada 2004.








