PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki memandu secara agresif serta melanggar kenderaan polis ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan mengundang padah apabila diberkas di Jalan Tiara Titiwangsa 10, Kuala Lumpur pada Ahad.Kejadian berlaku kira-kira jam 2.11 pagi ketika kereta jenis Toyota Vios dipandu suspek cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di sekatan jalan raya di Jalan SS2/75, di sini.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kenderaan terbabit dipandu secara berbahaya melalui beberapa laluan sebelum berjaya dikesan dan ditahan di kawasan berkenaan."Bagaimanapun, ketika polis cuba melakukan tangkapan, suspek bertindak agresif dengan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri semula."Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang merupakan pemandu kenderaan terbabit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah."Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan," katanya.Menurutnya, saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.
Lelaki pandu agresif, langgar kereta polis ditahan

Key takeaways
Seorang lelaki ditahan selepas memandu secara agresif dan melanggar kereta polis semasa cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.
- Kejadian berlaku di Jalan Tiara Titiwangsa 10, Kuala Lumpur pada Ahad pagi.
- Suspek dipandu secara berbahaya dan melanggar kenderaan polis sebelum ditahan.
- Suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut beberapa undang-undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Agresif semasa diperiksa JPJ, warga asing cedera dirempuh kereta
- Utusan Malaysia Langgar kereta, dua lelaki lari ketika dikejar polis
- Sinar Harian Lelaki pandu agresif, langgar kereta polis ditahan (this story)
- Berita Harian Lelaki positif dadah ditahan pandu kereta klon.







