SHAH ALAM: Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah dan Puncak Alam dikenal pasti antara kawasan kritikal diberi perhatian untuk pelaksanaan projek tebatan banjir menerusi peruntukan RM36.45 juta bagi 47 projek di bawah Belanjawan Selangor 2027.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ketiga-tiga kawasan berkenaan antara lokasi mengalami masalah banjir serius, khususnya pada peringkat awal Monsun Timur Laut atau ketika peralihan monsun.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti semula lokasi pelaksanaan projek berkenaan berdasarkan keperluan semasa, selain memastikan usaha mengurangkan risiko banjir dilaksanakan secara berterusan.
"Kita akan tengok balik sebab ia adalah usaha berterusan dan sudah pasti dua tiga tempat utama adalah Kampung Melayu Subang, Kampung Kubu Gajah dan kawasan Puncak Alam.








