am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) mental maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika berada dalam keadaan terbaring di tengah jalan di Jalan Jambatan Sultan Mahmud, di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 2.15 pagi.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, mangsa, Ainun Wahab, 39, yang juga OKU mental disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku ketika sebuah Proton Waja dipandu lelaki berusia 28 tahun sedang bergerak dari arah Gong Badak menghala ke Kuala Berang.