BERMULA dengan helaian buku bergambar yang dibacakan sebelum tidur, pendedahan awal terhadap bahan bacaan mendorong dua beradik ini meneroka dunia penulisan dan kreativiti.

Itulah yang dibuktikan Adam Zubieyr, 11, dan Ayra Esabelle, 9, apabila minat membaca sejak kecil akhirnya membawa mereka menghasilkan buku cerita sendiri pada usia muda.

Dari sekadar menikmati karya penulis lain, kedua-duanya kini berpeluang mencipta dunia cerita sendiri menerusi penulisan dan ilustrasi yang dihasilkan mengikut imaginasi serta kreativiti mereka.

Ibu mereka, Nuraisyah Abu Husin, 36, berkata, pendedahan terhadap buku bermula sejak Adam dan Ayra masih kecil apabila dia membacakan buku bergambar kepada mereka setiap hari sebelum tidur.