BAGAN SERAI – Seorang warga emas menceritakan dia mendengar bunyi dentuman kuat ketika rumahnya ditimpa tanah runtuh yang merosakkan hampir keseluruhan kediamannya berhampiran Empangan Bukit Merah di sini.

Habshah Chek Doh, 76, berkata, kejadian pukul 5.30 petang itu berlaku ketika dia berada di dalam bilik air sebelum mendengar bunyi itu dari arah belakang rumah.

Katanya, selepas bunyi itu baru beliau menyedari anak dan cucunya sedang memanggil dan mencarinya.

“Ketika itu saya langsung tak menyedari apa-apa yang buruk berlaku.