PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Utama Mulu, Sarawak mencatatkan suhu harian tertinggi iaitu 35.3 darjah Celsius (°C) semalam.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Stesen Meteorologi Utama Limbang, Sarawak dan Stesen Meteorologi Utama Keningau, Sabah pula masing-masing merekodkan suhu 34.5°C.
“Stesen Meteorologi Utama Kapit, Sarawak turut mencatatkan suhu tinggi iaitu 33.8°C,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Sementara itu, bagi jumlah hujan harian pula, Stesen Meteorologi Utama Ipoh, Perak merekodkan bacaan hujan tertinggi iaitu 69.8 milimeter (mm).









