Serdang: Bermula tanpa meletakkan harapan tinggi, SSMT JR kini memasang impian lebih besar apabila bertekad mencipta kejutan pada Grand Final Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 selepas muncul naib juara Zon Tengah-Selatan.

Pengurusnya, Mohamad Razie Mohamed Razali berkata, pencapaian melangkah ke final daripada 24 pasukan yang bertanding adalah sesuatu di luar jangkaan sekali gus kejayaan itu menyuntik keyakinan kepada pemain untuk terus mencabar kemampuan sendiri.

Menurutnya, walaupun terpaksa akur kepada kehebatan New Impact B pada aksi final semalam, pengalaman beraksi di pentas berkenaan memberi pengajaran penting kepada pemain untuk lebih bersedia menghadapi tekanan pada kejohanan akan datang.