PETALING JAYA – Penemuan seekor ular sawa bersaiz besar di sebuah rumah di Kedah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya terkejut dan bimbang dengan kehadiran reptilia berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dengan akaun @abkhalidhjabdullah mempersoalkan bagaimana ular sebesar itu boleh berada di dalam rumah tanpa disedari penghuni.

“Kes di Kedah ni…macam mana ular sebesar tu boleh duduk dalam rumah depa (mereka),” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial lain yang meninggalkan pelbagai komen, termasuk berseloroh dan meluahkan rasa takut melihat saiz ular berkenaan.