Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menuntut tindakan tegas membanteras kartel dan monopoli kontraktor tidak kompeten yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan lapangan terbang.PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bimbang peletakan jawatan menteri pengangkutan dan kemelut kepimpinan tertinggi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menjejaskan pengurusan lapangan terbang awam.
Pengerusi Mas Ermieyati Samsudin berkata, peralihan kepimpinan di Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh melumpuhkan proses membuat keputusan atau melengahkan projek berimpak tinggi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Sebarang perubahan atau peralihan kepimpinan politik tidak boleh sama sekali melumpuhkan proses membuat keputusan, melengahkan agenda transformasi operasi MAHB pascapenswastaan,” katanya dalam kenyataan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)