Sepuluh bekas exco memohon deklarasi mahkamah bahawa warta kerajaan negeri yang membatalkan pelantikan mereka tidak sah dan terbatal.PETALING JAYA: Sepuluh bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan yang dipecat akan berusaha mencapai penyelesaian secara baik dengan setiausaha kerajaan negeri dan kerajaan negeri selepas Mahkamah Tinggi Seremban menangguhkan prosiding sehingga Rabu ini.

Menerusi prosiding dalam talian di depan Hakim Roz Mawar Rozain, peguam Hafarizam Harun yang mewakili 10 bekas exco itu berkata, cadangan mencapai penyelesaian dibuat susulan surat bertarikh 10 Nov yang dihantar Menteri Besar, Ismail Lasim kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad.