KUALA LUMPUR: Dua pasukan petugas baharu diwujudkan bagi memperkukuh usaha mitigasi banjir di Wilayah Persekutuan menjelang Monsun Timur Laut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata inisiatif itu akan melengkapi usaha berterusan mengurangkan risiko banjir menerusi pengurusan tanah yang lebih baik dan kerjasama antara agensi.

Katanya, pasukan petugas itu ialah Pasukan Petugas Kawasan Lapang yang akan mengenal pasti dan mewartakan tanah bagi menyokong pembangunan Kuala Lumpur sebagai 'bandar span' (sponge city) serta Pasukan Petugas Mitigasi Banjir yang akan menyelaras usaha bersama Selangor.

"Kesiapsiagaan menghadapi banjir memerlukan tindakan secara bersepadu dan berkala. Ia bukannya kerja saat akhir hanya diambil apabila Monsun Timur Laut tiba.