Tangkap layar video tular sebuah kapal dikatakan merempuh tebing di Lumut.IPOH: Polis mengesahkan insiden sebuah kapal besar dipercayai merempuh kawasan tebing berhampiran laluan pejalan kaki di Esplanade Wing di Lumut selepas ia tular di laman sosial, pagi tadi.
Ketua Polis Manjung, Hasbullah Abd Rahman, ketika dihubungi Bernama secara ringkas berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu.
Rakaman video berkaitan insiden itu tular di Threads yang memaparkan pergerakan kapal tersebut berada hampir dengan kawasan daratan, sehingga sebahagian struktur tebing dilihat rosak dan pecah.
Seorang pengguna Threads dengan akaun @mashitahbtbasir mendakwa beliau yang berada di kawasan itu sebelum kejadian mendapati kapal tersebut secara tiba-tiba bergerak laju tanpa berhenti sehingga berlaku pelanggaran.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGerakanChanCheeHowappointedTerengganuadun2026111602_613347.png&w=480&output=webp&q=85&we)