LUMUT - Sebuah kapal tangki membawa 10 kru warga Thailand yang dipercayai sedang menjalani ujian pelayaran tanpa kebenaran, merempuh tebing darat di Taman Esplanade Marina Wing di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kejadian itu dikesan pihaknya selepas satu video memaparkan insiden berkenaan tular di platform Threads kira-kira jam 10.45 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati kapal berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Fuji, dipercayai bertukar pemilikan kepada pemilik baharu dari Thailand dan didaftarkan semula dengan nama Midas di negara itu."Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada Jabatan Laut, kapal itu keluar pada malam sebelumnya bagi menjalankan ujian pemanduan (sea trial)."Ujian pemanduan itu dipercayai dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas kapal telah dijalankan oleh Polis Daerah Manjung bersama agensi berkaitan.Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 kru berada di atas kapal berkenaan dan kesemuanya merupakan warga Thailand."Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Punca sebenar kejadian serta faktor yang menyebabkan kapal tangki melanggar tebing masih dalam siasatan lanjut," katanya.Hasbullah berkata, pihak berkuasa berkaitan turut menjalankan pemeriksaan terhadap dokumen pendaftaran, kebenaran operasi serta perkara lain berkaitan pergerakan kapal tersebut."Kita minta semua pihak tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung atau menghubungi bilik gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222.Maklumat juga boleh disalurkan menerusi WhatsApp Hotline 017-682 8005 atau mana-mana balai polis berhampiran.Rakaman video yang tular memaparkan kapal berkenaan bergerak terlalu hampir dengan kawasan daratan dan laluan pejalan kaki sebelum merempuh tebing sehingga menyebabkan sebahagian strukturnya rosak dan pecah.
[VIDEO] Kapal tangki bawa 10 kru warga Thailand rempuh tebing di Lumut
Key takeaways
Kapal tangki dengan 10 kru warga Thailand merempuh tebing di Lumut, dipercayai menjalani ujian pelayaran tanpa kebenaran.
- Kapal tangki dikenali sebagai Fuji sebelum bertukar pemilikan kepada Thailand.
- Ujian pemanduan kapal dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
- 10 kru di atas kapal merupakan warga Thailand.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kapal bawa ketamin 1.16 tan: Polis kesan beberapa individu
- Utusan Malaysia Kapal tangki bawa dua juta tong minyak karam di Teluk
- Sinar Harian [VIDEO] Kapal tangki bawa 10 kru warga Thailand rempuh tebing di Lumut (this story)
- Utusan Malaysia Kapal tangki rempuh tebing dipercayai ‘belayar’ tanpa kebenaran









