TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa sebuah kapal tangki minyak gergasi yang membawa lebih dua juta tong minyak mentah karam pada Ahad selepas terkena periuk api sebelum terbakar di Selat Hormuz.
Menurut IRGC, kapal berkenaan adalah antara dua kapal tangki yang terkena periuk api ketika melalui laluan perdagangan penting itu. Bagaimanapun, insiden berkenaan belum disahkan secara bebas.
“Dalam tempoh beberapa jam lalu, dua kapal tangki minyak yang menggunakan laluan tidak dibenarkan di bahagian selatan Selat Hormuz terkena periuk api laut, mengakibatkan letupan besar dan kebakaran.
“Salah sebuah kapal itu, sebuah kapal tangki minyak gergasi yang membawa lebih dua juta tong minyak mentah, tenggelam di perairan selatan Teluk Parsi,” menurut kenyataan itu lagi.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F07%2Fae7abebc7e29e2c2a795dcaa178a31e1.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)