Polis mengesahkan kejadian sebuah kapal besar dipercayai merempuh kawasan tebing berhampiran laluan pejalan kaki di Esplanade Wing, di Lumut selepas kejadian tersebut tular di laman sosial, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman ketika dihubungi Bernama secara ringkas berkata polis sedang menyiasat insiden itu.
Rakaman video berkaitan insiden itu tular di laman sosial Threads yang memaparkan pergerakan kapal tersebut berada hampir dengan kawasan daratan, sehingga sebahagian struktur tebing dilihat rosak dan pecah.
Seorang pengguna Threads dengan akaun @mashitahbtbasir mendakwa beliau yang berada di kawasan itu sebelum kejadian mendapati kapal tersebut secara tiba-tiba bergerak laju tanpa berhenti sehingga berlaku pelanggaran.
%2Ffile%2Fattachments%2F890%2FScreenshot2026-11-16at13320PM_538771.png&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F10%2F273b6632fd874f85ecc1b3f55fe40455.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage9_952292.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F04%2F6e6a3ab3524ce17712abdb9fd4f3888b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-18_964506.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F111111_761458.png&w=480&output=webp&q=85&we)



