Kuala Lumpur: Tahap kesihatan kembar, Muhammad Ammar Fawwaz Azizan dan adiknya, Muhammad Amir Fawwaz yang menjalani prosedur pemindahan dan penerimaan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kembar berusia 22 tahun itu juga sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad biasa berikutan keadaan mereka semakin baik.
Muhammad Ammar Fawwaz berkata, setakat ini dia dan adik kembarnya tidak mengalami sebarang komplikasi.
"Saya pun sudah dipindahkan ke wad biasa, kelmarin, cuma belum berjumpa lagi dengan adik kerana ditempatkan di blok wad yang berlainan.








