Seorang lelaki yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor dijatuhi hukuman penjara setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor dijatuhi hukuman penjara setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menipu seorang selebriti berhubung pembelian hartanah.
Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid menjatuhkan hukuman itu terhadap Al Zulfadly Alias, 40, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 27 Okt lepas.
Seorang lagi tertuduh yang juga tunang Al Zulfadly, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.








