KOTA KINABALU: Margin rizab penjanaan elektrik Sabah meningkat daripada lapan peratus pada tahun 2024 kepada 19 peratus setakat Ogos tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, peningkatan itu susulan pengambilalihan kuasa kawal selia terhadap sektor elektrik dan tenaga boleh diperbaharui oleh kerajaan Sabah pada Januari 2024.
Katanya, Sabah masih berdepan cabaran infrastruktur elektrik yang lama wujud, khususnya di kawasan luar bandar dan sepanjang pantai timur negeri itu.
"Kita tidak boleh bercakap secara serius mengenai perindustrian, menarik pelaburan bernilai tinggi atau mewujudkan pekerjaan dengan gaji lebih baik.









