Kuala Lumpur: Jangan tunggu rumah tangga sudah retak atau kecurangan berlaku, baru mahu mendapatkan bantuan kerana masalah lebih mudah ditangani jika pasangan mendapatkan bimbingan pada peringkat awal.

Pakar kaunseling keluarga, Hushim Salleh berkata, pasangan perlu berusaha menyelesaikan masalah melalui komunikasi dan jika gagal, baru mendapatkan bantuan kaunselor.

"Kalau sudah ada masalah antara suami isteri, cuba bincang dengan baik terlebih dulu. Kalau masih tidak dapat diselesaikan, barulah dapatkan bantuan kaunselor.

"Kaunseling keluarga ada tiga pendekatan iaitu pendidikan, pencegahan dan pemulihan.