London: Isu persaraan Cristiano Ronaldo daripada pentas antarabangsa terus menghantui jurulatih Portugal, Jorge Jesus apabila dia sekali lagi diasak soalan mengenai bintang berusia 41 tahun itu susulan kekalahan mengejut 1-4 kepada Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara.
Lebih menghangatkan keadaan, ibu Ronaldo, Dolores Aveiro, turut mengkritik Jesus dengan menyatakan beliau gembira melihat pengendali itu mengalami kekalahan pertama sejak mengambil alih pasukan selepas Piala Dunia, sambil mendakwa anaknya pernah 'diperdaya' bekas jurulatih Benfica berkenaan.
Jesus yang bakal membimbing Portugal menentang Wales dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, awal pagi esok, jelas kurang senang apabila terus diajukan pertanyaan mengenai Ronaldo.









