KUALA LUMPUR : Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini bagi membolehkan kutipan tol dimansuhkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata jumlah itu berdasarkan anggaran awal pegawai kementerian, sekali gus menunjukkan komitmen kewangan besar yang perlu ditanggung kerajaan sekiranya cadangan berkenaan mahu dilaksanakan.
"Saya ada bertanya kepada pegawai, kita nak mansuhkan tol ini boleh atau tidak?
"Terdapat 34 lebuh raya bertol di Malaysia yang dikendalikan oleh 28 syarikat konsesi.









