ISTANBUL: Pelakon British, Robert Pattinson secara rasmi dipilih untuk membawakan watak James Bond yang baharu.

Pengumuman oleh Amazon MGM Studios, semalam sekali gus menamatkan spekulasi selama beberapa bulan mengenai pengganti Daniel Craig sebagai ejen perisik ikonik Britain itu, lapor Anadolu Ajansi.

Pelakon berusia 40 tahun terkenal menerusi lakonannya dalam The Batman, The Twilight Saga dan The Odyssey arahan Christopher Nolan itu akan membawakan watak ejen 007 dalam filem terbaharu francais perisik yang telah lama bertapak dalam industri perfileman.

"James Bond adalah antara watak paling legenda dalam dunia perfileman dan diberi kepercayaan untuk membawakan watak 007 adalah penghormatan terbesar sepanjang hidup saya," kata Pattinson dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh studio itu.