HYDERABAD: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai 57 negara berada pada kedudukan baik untuk menangani cabaran yang dihadapi umat Islam, kata Setiausaha Agungnya, Ismail Ould Sheikh Ahmad ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di Islamabad semalam.
"Kedua-dua pihak bersetuju sebagai badan yang mewakili umat Islam, OIC mempunyai kedudukan unik untuk menerajui usaha kolektif dalam menangani isu kritikal yang dihadapi ummah," menurut Pejabat Perdana Menteri Pakistan dalam satu kenyataan.
Shehbaz berkata, Pakistan bersedia menyokong usaha OIC dalam mendepani cabaran bersama itu.
Ismail, yang dalam rangka lawatan pertamanya ke Islamabad selaku setiausaha agung, pada Ahad menyertai sesi pembukaan Mesyuarat ke-30 Majlis Menteri-Menteri Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar.









