SHAH ALAM - Selepas dikritik hebat pelbagai pihak termasuk pemimpin daripada UMNO dan Pas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjelaskan faktor keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Beliau menjelaskan bahawa kadar berkenaan mengambil kira persetujuan KLSCAH menukar status tanah kepada kegunaan institusi, sekali gus melepaskan potensi pembangunan komersial seperti kondominium dan pusat beli-belah."Penetapan premium tanah perlu mengambil kira syarat serta potensi kegunaan tanah berkenaan dan bukannya semata-mata berdasarkan nilai pembangunan komersial."Mereka kata kita gadaikan hasil kerajaan. Sepatutnya kita kutip RM4 juta. Kenapa biarkan Cina terlepas bayar cukai? Hannah Yeoh DAP jaga kaum sendiri. Itu naratif yang dimainkan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin Sinar Harian melaporkan mengenai kontroversi berhubung penetapan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH sebelum ini mencetuskan kritikan beberapa pemimpin politik dan aktivis yang mempersoalkan kewajaran pengurangan kadar berkenaan daripada anggaran asal RM4.67 juta.Antara perkara yang dibangkitkan ialah soal kesaksamaan pemberian pengurangan premium kepada institusi lain, selain persoalan sama ada kerajaan memberikan layanan berbeza kepada organisasi tertentu.Menurut Hannah, bangunan KLSCAH berusia 103 tahun itu turut berdepan cabaran kewangan apabila mencatatkan defisit operasi kira-kira RM400,000 setahun susulan peningkatan kos penyelenggaraan, keadaan struktur bangunan yang semakin berusia dan keperluan menaik taraf aspek keselamatan serta kemudahan teknikal.Beliau turut menjelaskan perbezaan antara premium tanah, cukai tanah, cukai taksiran, cukai pendapatan dan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menurutnya cuba dicampuradukkan dalam polemik berkenaan."Premium tanah dibayar kepada kerajaan berdasarkan syarat dan potensi kegunaan tanah, manakala cukai tanah dibayar kepada pejabat tanah."Cukai taksiran pula dibayar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk kutipan sampah, sementara cukai pendapatan dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sewa PPR dibayar kepada pemilik rumah."Letihlah nak ajar pemimpin UMNO dan Pas untuk bezakan cukai yang pelbagai. Pemimpin atasan mereka dan ahli keluarga masih hutang cukai pendapatan berbillion," ujarnya.Dalam pada itu, Hannah turut membangkitkan rekod pentadbiran terdahulu di Kuala Lumpur dengan mendakwa UMNO pernah menjual kawasan padang awam dan kolam takungan banjir, manakala Pas mempertahankan tindakan penjualan padang rakyat ketika mentadbir di bawah Perikatan Nasional (PN)."Apa solusi mereka untuk banjir di KL? Beg-beg pasir. Pemimpin dan aktivis yang menunggang kaum dan agama di Kuala Lumpur pun hampir sama, mainkan isu sebab saya Menteri Cina, saya Menteri DAP. Itu saja," tegasnya.Beliau turut menolak dakwaan bahawa kerajaan ha
Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000

Key takeaways
Hannah Yeoh menjelaskan keputusan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH berdasarkan status tanah dan keperluan institusi.
- Premium tanah ditetapkan mengambil kira kegunaan institusi, bukan nilai komersial.
- KLSCAH menghadapi defisit operasi sebanyak RM400,000 setahun.
- Hannah Yeoh menyangkal kritikan bahawa kerajaan memberikan layanan berbeza kepada organisasi tertentu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Premium RM4.67 juta jadi RM1,000, Hannah pertahan diskaun buat KLSCAH
- Berita Harian Tanah KLSCAH sudah tiada nilai komersial - Hannah Yeoh
- Sinar Harian Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000 (this story)








