Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata kemenangan dalam beberapa PRN perlu dinilai berdasarkan faktor mempengaruhi keputusan pengundi, antaranya bibit penyatuan ummah yang sudah lama diharapkan rakyat. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mengingatkan kemenangan dalam beberapa PRN tidak boleh melalaikan dan dianggap rakyat sudah kembali menerima Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata kemenangan itu perlu dinilai berdasarkan faktor yang mempengaruhi keputusan pengundi, antaranya bibit penyatuan ummah yang sudah lama diharapkan rakyat, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam.
Shaiful yang juga pengarah komunikasi BN Kedah dan ketua Umno Merbok berkata kekecewaan rakyat terhadap prestasi Pakatan Harapan (PH) menjadi antara faktor yang mendorong pengundi menghantar isyarat menerusi beberapa PRN.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F5234234234_681420.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
