Kuala Lumpur: Jadual kerja padat dengan pelbagai komitmen menjelang hujung tahun menyebabkan penyanyi, Hazama tidak dapat menyertai program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang sedang berlangsung.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 42, berkata dia tidak berniat menolak tawaran untuk bertanding, sebaliknya tarikh program realiti itu bertindih dengan jadual kerjanya.

"Saya bukan tolak, mereka ada tawarkan kepada saya dan ada buat perbincangan. Bila hujung tahun sebagai penyanyi, setiap minggu saya ada banyak agenda yang sudah dirancang, banyak kerja yang berlangsung di hujung tahun ini.

"Ada juga klien yang kita dah ambil (bayaran) 100 peratus, ada yang dah ambil 50 peratus. Jadi, dari segi prinsip kerja saya, saya dah berjanji dengan mereka.