SEREMBAN: Istana Negeri Sembilan hari ini menjelaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa sekiranya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, sebarang peletakan jawatan oleh Menteri Besar hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Katanya, pihak istana mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Kenyataan tersebut dimuat naik di media sosial pada pukul 10 malam, 16 November dan kelihatan berdasarkan salinan surat peletakan jawatan yang berada dalam milikan beliau (Zambry).