KUALA LUMPUR: Kelemahan sistem, risiko keselamatan siber dan kelewatan penyelesaian transaksi di antara aspek yang perlu diberi perhatian dalam operasi penyedia gerbang pembayaran digital kelolaan pihak ketiga yang kini semakin popular di negara ini .
Situasi itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap perlindungan ke atas pengguna serta tanggungjawab penyedia gerbang pembayaran digital yang mengendalikan transaksi kewangan dalam jumlah besar.
Timbalan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Taqiyuddin Amini Abdul Satar, berkata terdapat kewajaran perkhidmatan berkenaan kini perlu dikawal selia pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM) atau Cyber Security Malaysia (CSM) kerana ia membabitkan hal ehwal kewangan serta aliran tunai.









