Ketua Umno Melaka Abdul Razak Abdul Rahman berkata keputusan di lima DUN itu wajar diberi perhatian oleh kepimpinan tertinggi Umno, BN dan PN dalam menentukan strategi serta pembahagian kerusi menjelang PRU16. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Keputusan PRN Melaka yang menyaksikan jurang undi Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di lima DUN bawah Parlimen Kota Melaka mengecil kepada 5,479 undi, membuka ruang untuk ‘gelombang biru’ merampas kerusi itu pada PRU16.
Ketua Umno Kota Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman, berkata PH memperoleh 56,455 undi di lima DUN itu, berbanding 50,976 dikumpulkan BN dan PN.
Katanya, perbezaan itu menunjukkan perubahan ketara berbanding PRU15 apabila calon PH bagi Parlimen Kota Melaka memperoleh majoriti 46,420 undi.









