Beijing: Seorang pempengaruh di China menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan semula video mendiang datuknya yang meninggal dunia pada usia 90 tahun, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam talian mengenai etika 'menghidupkan semula' individu yang sudah meninggal dunia menerusi teknologi itu, lapor South China Morning Post.

Pada September lalu, akaun media sosial 'Kang Kang and Grandpa' memuat naik hantaran menyayat hati bagi mengumumkan pemergian Datuk Kang yang meninggal dunia dengan tenang ketika tidur,

Hantaran itu turut menggunakan suara mendiang untuk menyampaikan pesanan terakhir kepada pengikutnya: "Kisah kita bersama sudah berakhir tetapi kisah anda sendiri mesti diteruskan."