KUALA LUMPUR: Sarawak Shell Bhd (SSB), anak syarikat Shell plc, memulakan pengeluaran gas daripada medan gas Rosmari dan Marjoram yang terletak kira-kira 220 kilometer dari pesisir pantai Sarawak.

Pembangunan berkenaan dijangka menyumbang kepada pertumbuhan pengeluarannya sehingga 2030-an, selain memperkukuh bekalan gas untuk memenuhi keperluan tenaga Malaysia.

Presiden Upstream Shell, Peter Costello, berkata permulaan pengeluaran itu mencerminkan kepakaran dan pengalaman luas syarikat dalam pembangunan sumber minyak dan gas di Malaysia.

Beliau berkata, projek berkenaan memanfaatkan pengalaman berdekad-dekad dalam industri bagi memastikan bekalan gas baharu dapat disalurkan secara cekap dan kompetitif.