New Delhi: Taktik memanjat pokok untuk memecah masuk sebuah kedai di Chandni Chowk gagal menyelamatkan empat warga Nepal daripada diberkas polis selepas kegiatan mereka terbongkar hanya empat hari selepas kejadian, lapor Galli News.

Kejadian berlaku antara jam 1 pagi hingga 1.30 pagi pada 9 November lalu di sebuah kedai di tingkat satu Lehnga Bazar, Katra Jajjar, di Jalan Utama Chandni Chowk.

Menurut polis, suspek menggunakan cara luar biasa dengan memanjat pokok untuk sampai ke tingkat satu sebelum memecahkan bidai besi dan mangga pintu kedai berkenaan.

Pemilik kedai, Anil Kumar membuat laporan selepas mendapati kira-kira 1.27 lakh rupee India (kira-kira RM5,550) wang tunai hilang. Laporan polis elektronik (e-FIR) kemudian didaftarkan di Balai Polis Kotwali pada hari sama.