KUALA LUMPUR: Keputusan Bermaz Auto Bhd menghentikan operasi XPeng di Malaysia dijangka memberi kesan kewangan dan operasi yang terhad kepada kumpulan automotif itu bagi tahun kewangan berakhir April 2027.

BIMB Securities Research berkata, operasi XPeng dihentikan serta-merta lebih awal daripada tempoh tamat perjanjian pengedaran pada Mac 2027.

Menurut bahagian penyelidikan itu, XPeng sedang menyusun semula rangkaian pengedarannya di Malaysia, manakala perjanjian pemisahan antara kedua-dua pihak masih dimuktamadkan.

"Pengurusan menjangkakan tiada kesan kewangan atau operasi yang material bagi tahun kewangan 2027," katanya dalam nota penyelidikan.