KUANTAN - Kertas siasatan berhubung dakwaan serangan seksual guru terhadap seorang murid lelaki berusia tujuh tahun di Jerantut dijangka dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan lanjut.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, pihaknya kini menunggu laporan prestasi guru terbabit dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).Menurutnya, laporan prestasi guru berusia 24 tahun itu sedang disediakan pihak PPD dan dijangka diserahkan kepada polis dalam tempoh seminggu."Laporan berkenaan diperlukan bagi melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.Sebelum ini media melaporkan guru terbabit direman selama enam hari bermula 30 Oktober bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia tujuh tahun di sebuah sekolah di daerah itu.Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan berulang kali di kawasan bilik makmal komputer institusi terbabit.Kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 27 Oktober lalu.Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 November lalu sementara siasatan diteruskan.Sementara itu, Azry berkata, guru terbabit difahamkan telah dipindahkan ke PPD sementara menunggu hasil siasatan.Jelasnya, setakat ini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan dan tiada mangsa lain terlibat."Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.
Kes serangan seksual murid 7 tahun, polis tunggu laporan prestasi guru

Key takeaways
Polis Pahang menjangka merujuk kertas siasatan kes serangan seksual terhadap murid lelaki berusia tujuh tahun di Jerantut kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan, selepas menunggu laporan prestasi suspek berusia 24 tahun dari Pejabat Pendidikan Daerah.
- Polis menunggu laporan prestasi suspek dari PPD yang dijangka diserahkan dalam tempoh seminggu.
- Suspek direman selama enam hari bermula 30 Oktober dan dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 November.
- Kejadian terbongkar pada 27 Oktober selepas mangsa memaklumkan kepada ahli keluarga.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Guru lelaki direman 6 hari, disiasat kes amang seksual murid 7 tahun
- Sinar Harian Kes serangan seksual murid 7 tahun, polis tunggu laporan prestasi guru (this story)








